Friday, July 12, 2019

Bersukan Waktu Petang


Hobi Pada Waktu Lapang



Setiap orang mempunyai apa yang dikatakan sebagai hobi iaitu salah satu aktiviti yang dilakukan pada masa lapang dan merupakan aktiviti yang diminati. Bagi saya aktiviti kegemaran saya pada waktu lapang khususnya pada waktu petang melibatkan aktiviti outdoor dan tidak melibatkan satu permainan sahaja. Contoh permainan-permainan yang saya gemari ialah seperti bermain bola sepak, futsal, dan sepak takraw. Di antara permainan-permainan tersebut, sepak takraw adalah permainan yang paling saya minati kerana sebab-sebab tertentu. Antara sebab-sebabnya ialah dalam permainan sepak takraw, jumlah permain yang terlibat dalam permainan tersebut sedikit berbanding bola sepak dan futsal yang seperti mana kita tahu melibatkan kira-kira 5 hingga 11 orang bagi setiap kumpulan. Bagi saya ramai permain membuatkan saya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap permainan dan agak sukar bagi  saya untuk menyumbang mata kepada kumpulan saya. Oleh kerana itulah saya menggemari permainan sepak takraw berbanding bola sepak, dan futsal.


Bermain sepak raga bulat pada waktu petang bersama dengan rakan di kampung....

Manfaat kepada kesihatan diri yang diperolehi:

Aktiviti masa lapang amat memberi manfaat kepada si pelakunya sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Manfaat yang saya perolehi sepanjang menceburkan diri dalam permainan ini ialah dapat menyihatkan tubuh badan dan menghindari diri daripada penyakit berbahaya seperti sakit jantung, strok, dan obesiti. Hal ini terbukti kerana semasa melakukan senaman, tubuh badan akan mengeluarkan peluh yang banyak dan menyingkirkan toksik yang berbahaya kepada badan. Selain itu, dengan melakukan senaman juga dapat membakar lemak dalam badan dan membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Oleh itu terbukti bahawa aktiviti ini membantu menyihatkan tubuh badan. Selain itu, masa yang terluang dapat juga diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah dan sebagainya berbanding hanya duduk di rumah sahaja. Dengan  melakukan kegiatan riadah di waktu senggang dapat juga mengiratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Hal ini terbukti apabila berada di dalam pertandingan, di mana setiap pasukan tidak mengenali pasukan yang lain pada mulanya tetapi selepas habis perlawanan dapat duduk dan bertukar-tukar pandangan antara setiap pasukan. Oleh itu, banyak kelebihan yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang dilakukan.



Akhir sekali, harapan saya kepada pembaca supaya sama-sama sentiasa aktif dalam aktiviti sukan yang digemari kerana seribu satu manfaat terkandung di dalamnya. Cuba hindari diri daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat membeli belah, menghisap rokok, melayari laman facebook atau laman web lucah kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat sebaliknya membawa petaka di kemudian hari.


Sekiaan......

Tasik Melati



ASSALAMUALAIKUM...

Tujuan saya menulis blog ini adalah ingin berkongsi infoRmasi tentang negeri Perlis kepada semua orang. Mungkin maklumat yang anda dapat melalui blog ini tidak mencukupi. Tapi saya berharap sedikit sebanyak informasi berguna kepada sesiapa yang membaca blog ini. Saya akan cuba update dari semasa ke semasa segala infomasi dan akan cuba menghasilkan informasi-informasi yang terbaik. Kali ni saya nak cerita tentang satu tempat yang namanya Tasik Melati.. Bukan yang lagu Putih2 Melati tu tau.. huhu..

Tasik Melati terletak 8km ke utara Kangar dalam kawasan seluas 10 hektar. Tasik ni tasik buatan manusia tau..  Asalnya Tasik Melati adalah sebuah tasik atau paya terbiar yang dipenuhi tumbuhan liar.



Tasik Melati ini adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah dengan persekitaran alam sekitar. Tasik Melati ini juga menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga...




Dekat sini ada pelbagai kemudahan yang disediakan.. Ada wakaf rehat, taman permainan kanak2, trek jogging, tandas,surau dan landskap yang indah.. :))


Terdapat banyak pondok rehat di dalam tasik yang disediakan kepada pengunjung dan dapat mengambil gambar ketika berada di tengah tasik....Selain itu juga ia merupakan satu kawasan yang sering di buat pengambaran seperti mengambil gambar pengantin baru, membuat lakonan dan sebagainya...




Pemandangan waktu petang memang sangat mendamaikan.. kalau tidak beriadah pun, boleh datang sini untuk release tension setelah penat belajaq @ bekerja..


                                    
                                           Ok..harap2 kita semua dpt jumpa lagi.. 

Thursday, July 11, 2019

Tempat Riadah Di Perlis




Ini merupakan tempat yang selalu pengunjung datang ke Perlis akan pergi ke Gua Kelam..Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke sungai Perlis
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan Kementerian Pelancongan merancang untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama. Projek "Secret Garden of Perlis" ini akan melantik perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua dari Perancis dan seorang dari London.
Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.
SEBAGAI TEMPAT BERIDAH

Gua kelam sangat sesuai untuk dijadikan salah satu destinasi untuk dikunjungi bagi melakukan aktiviti riadah. berhampiran gua ini terdapat tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti seperti memancing. terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di dalam tasik ini seperti ikan haruan, puyu dan sebagainya. oleh itu, bagi keluarga yang suka memancing bolehlah merancang untuk pergi ke Gua Kelam.

Di samping itu, kawasan ini juga sesuai untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama melakukan aktiviti mandi manda. Pada musim panas, kawasan ini sangat menjadi tumpuan orang ramai kerana airnya yang sejuk. Air ini merupakan air dari puncak bukit yang sangat sejuk.
                                      

TEMPAT MELAKUKAN AKTIVITI LASAK

Permukaan gunung yang cerun dan mencabar sangat menarik minat individu yang aktif dalam aktiviti rock climbing. Gua Kelam merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktivti ini.


KERETA API

Pengunjung yang datang pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki kereta api yang akan menyusuri gua tersebut. Namun begitu, baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini dan aktiviti kereta api ini terpaksa dihentikan.



AKTIVITI JALAN KAKI/HIKING

Terdapat trek jalan kaki di Gua kelam ini yang agak mencabar. Di samping itu, mereka juga boleh melihat flora dan fauna serta tumbuhan-tumbuhan herba yang terdapat dalam hutan Gua Kelam ini.




AKTIVITI KONVOI

Aktiviti berkonvoi merupakan salah satu aktiviti remaja di waktu lapang. terdapat kawasan yang luas di hadapan pintu gerbang Gua kelam ini untuk anak-anak muda berkumpul dan bergambar bersama kawan-kawan mereka. jadi, tiada masalah walaupun bilangan kenderaan yang banyak.




GUA YANG UNIK

Batu-batuan yang terdapat di gua ini sangat unik.





LOKASI
Gua ini terletak di kawasan kaki Bukit dalam Daerah Kangar di Negeri Perlis.


Menawan Pintu Wang Gunung Di Perlis


Assalamualaikum n selamat datang...


kali ni ni saya nak bercerita trip pergi ke Pintu Wang Gunung pada hujung minggu yang lepas. Kenapa Pintu? kenapa tak Puncak? yerrr sebabnya trek ke puncak belum dibuka. dalam Proses lagi.

Kami seramai 4 org bergerak dari rumah seawal 6:30 pagi dengan menaiki kereta. Sebelum sampai ke lokasi Pintu Wang Gunung itu kami berhenti sekejap untuk Sarapan Pagi. Kemudian teruskan perjalanan ke Sungai batu Pahat Perlis. Tiba di lokasi untuk berkumpul (Gerai Opposite Taman Ular) pada pukul 7 pagi.

Semua dah ok gerak ke starting point. tak jauh dari situ selepas golf club.Pada pukul 7.15 bergerak ke first check point kira 260 meter. Ramai peserta yang joint trip ni. Ramainyaaa dan meriah la trek baq hang.



Secara rasminya kami mula mendaki pada pukul 7.45 mula memanjat. pada permulaan treknya sekejap canak sekejap landai. masih ok lagi la.. masih boleh potong memotong la antara satu sama lain, senyum2, sakat2, lirik2 mata .. hahaha ada ker... mata mula melilau kot ada jodoh ka kat situ hahaha.

Kemudian trek dia akan sampai part yg susah utk stage yg kedua. masa ni trek akan jemmmm.. maklumla ramai peserta Orang. Trek licin, kering tapi ada tali yg dah siap di pasang.



Pendakian untuk stage ketiga ni akan melalui sepanjang permatang. Trek ni agak 'Membunuh'. batu batu tajam sentiasa mengiringi dan menghiasi sepanjang Trek. Jadi.. Glove sangat lah penting di kala ini. Sepanjang pendakian kita akan jumpa batu sempadan Malaysia & Thailand. kira kita sat p malaysia sat kona p Thailand la konon. Acah2 travel p oversea la kan. bagi part yg susah jangan risau blh gunakan tali yang sedia ada.  Pendakian memakan masa 2 jam bagi yang laju dan 3 jam bagi yang slow.




Pada pukul 10.15 sampai puncak. ya Allah cantiknya view yang terhidang kat atas sana. Hilang penat lelah tadi tapi letih pulak cari port nak landing. Ya la kat atas tu tak ada tempat lapang. ramai pulak tu. jadi pandai pandai la cari tempat yg sesuai. dari pintu wang gunung boleh nampak pemandangan Negeri Perlis dan juga Thailand.




 Pintu Wang Gunung dengan ketinggian 499 meter 

Pemandangan dari Pintu Wang Gunung Perlis

Banyak kenangan yg dapat dikutip sepanjang trip ni. dapat kawan baru dan jumpa kawan lama,... haha. 

Walaubagaimanapun ini merupakan pengalaman dan kenangan yang paling best bersama rakan-rakan.

Sekian

Keistimewaan Memanjat Bukit

Apa yang istimewanya mendaki gunung?


Antara bukit-bukit yang popular menjadi tarikan orang ramai ialah Bukit Laka, Bukit Cenderawasih dan sebagainya. Banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan mendaki gunung, antaranya :


JASMANI

1) Membentuk Tubuh Badan yang Menarik
Selain berlari, mendaki bukit juga dapat membakar kalori yang banyak. Menaiki bukit dapat menguatkan otot-otot kaki dan otot gluteus anda. Ini dapat menganjalkan bahagian pinggul, peha dan kaki anda. Mereka yang selalu memanjat bukit mempunyai kaki yang kuat dan pinggul yang anjal.



2) Menguji Kekuatan Anda
Ya! Memang benar memanjat bukit penuh dengan risiko bahaya seperti kekejangan, tergelincir dan sebagainya. Tetapi jika anda memanjat, Ia akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Anda akan lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran di masa akan datang. Cabaran ketika mendaki bukit dapat menguji cara pengendalian masalah anda.


3) Salah Satu Latihan CARDIO yang Terbaik 
Menaiki bukit adalah salah satu daripada 5 latihan cardio yang terbaik. Apabila memanjat bukit, jantung anda akan bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke badan anda. Anda akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Kalau selalu mendaki bukit, jantung anda pasti akan sihat.



ROHANI


4) Terapi semasa Menikmati Alam Sekitar
Terasa susah hati? Bosan? Terasa tertekan? Cuba mendaki bukit dan anda akan lebih menghargai diri anda sendiri dan waktu yang anda ada sekarang. Apabila anda meluang masa menerapikan diri dengan menikmati alam semulajadi. Anda akan berasa segar dan bertenaga selepas meluangkan masa bersama alam semulajadi.
Apatah lagi apabila di atas bukit, pusat graviti semakin jauh dan menjadikan suhu makin rendah dan udaranya nyaman. Udara juga kurang pencemaran berbanding dengan atas jalan raya biasa
5) Merasa Rendah Hati
Apabila anda sampai ke puncak gunung, cuba toleh ke bawah. Kesemuanya kehidupan anda lihat seperti semut yang hakikatnya kita memang tersangat kecil. Anda akan terasa lebih insaf dan rendah diri walaupun anda kaya, berpendidikan tinggi, dan memiliki segala-galanya.


6) Mengukuhkan Ikatan Persaudaraan
Mendaki gunung bukan aktiviti perseorangan kerana ianya banyak risiko berbahaya. Oleh kerana anda memanjat secara beramai-ramai, anda lebih yakin dan terasa lebih selamat kerana jika anda hadapi sebarang masalah, rakan-rakan lain akan berikan bantuan. Selain itu juga, anda akan lebih bersaing dan berlumba-lumba untuk sampai ke puncak dahulu. Anda juga dapat menyokong antara satu sama lain untuk sampai ke puncak.


7) Menjadi kebanggaan untuk diri sendiri
Bukan mudah untuk sampai ke puncak bukit, bergantung juga kepada ketinggian bukit yang dipanjat. Tetapi jika anda berjaya melakukannya, anda seorang yang HEBAT!


8) Rasa ingin tahu yang tinggi
Kita sememangnya tidak tahu apa yang ada di sepanjang jalan dan juga puncak bukit dan pastinya ingin tahu! Dengar dari mulut orang lain belum tentu sama dengan apa yang kita akan lihat sendiri. Maka teruskan usaha anda untuk sampai ke puncak dan terus menerokai semangat ingin tahu anda. Banyak yang anda dapat pelajari semasa memanjat bukit.

Anda bukannya berseorangan, Jika anda tidak tahu di mana untuk mula, anda boleh cuba untuk mencari kumpulan-kumpulan yang aktif memanjat seperti team hiking dan sebagainya. Anda juga secara tidak langsung dapat menambahkan kenalan lebih ramai lagi. Mari Mendaki!

Memanjat Bukit Gua Sami, Kangar Perlis

assalamualaikum dan selamat malam semua

Ini merupakan aktiviti kali kedua saya memanjat Bukit Cenderawasih atau lebih dikenali sebagai Gua Sami oleh masyarakat di Perlis. Sebelum saya ceritakan tentang memulakan memanjat bukit ini saya nak kongsikan sejarah dan lokasi bukit ini. Selain itu juga kawasan bukit ini juga merupakan tempat berehat dengan pelbagai kemudahan telah disediakan dan terdapat juga taman permainan kanak-kanak serta trek jogging. Alright sekarang mari kita ikuti Sedikit sejarah mengenai Gua Cenderawasih, asalnya dipanggil Gua Sami. Menurut orang lama-lama tempat ini ‘keras’? Mungkit sebab bukit batu kot? Haha! Bagaimanapun, memang tempat ini asalnya adalah sami temple, tetapi apabila MB Shahidan Kassim memerintah dan merasakan tempat ini berpotensi untuk dijadikan sebagai sebuah tempat riadah. He could make anything possible... haha




Lokasi bukit ini ia berhampiran dengan Jabatan Pertahanan Awam dan berdekatan juga dengan bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis..Jaraknya dari rumah saya lebih kurang 5 kilometer untuk sampai ke bukit ini.. Manakala ketinggian Bukit Cenderawasih ini adalah 315 meter dan laluan untuk sampai ke puncak bukit adalah sangat mencabar kerana ia merupakan laluan berbatu..Jadi untuk memanjat bukit ini kita perlulah memakai kasut yang sesuai supaya ia dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini...








Ini merupakan laluan untuk para pemanjat untuk sampai ke puncak bukit ini...laluan ini agak curam bagi yang jarang hiking walaupun ada tangga...Laluan tangga ini adalah buatan manusia dan di buat pada tahun 1998 kalau tak silap saya.




Jadi papan ini merupakan peringatan untuk pemanjat perlulah berhati-hati ketika menaiki puncak ini dan tidak perlu tergesa-gesa untuk sampai ke puncak dengan lebih pantas.




Ini gambar pemandangan ketika berada di atas puncak Gua Sami Perlis...Selain itu juga pemandangan pada waktu senja ketika matahari mula terbenam ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa...





Keindahan pemandangan pada waktu petang

Masa yang di ambil untuk sampai ke puncak bukit ini lebih kurang 45 minit untuk sampai ke puncak...Bukit ini menjadi tumpuan para hiking adalah pada hujung minggu di mereka mengisi masa lapang dan merupakan senaman bagi menyihatkan badan... 



peralatan dan pakaian hiking



assalamualaikum semua kali ini saya nak kongsikan berkenaan peralatan asas untuk memanjat bukit. Kita perlu tahu tentang peralatan yang wajid dibawa semasa memanjat bukit. Selain itu dari segi pemakaian ketika memanjat perlulah sesuai kerana ia merupakan aktiviti lasak. Sekarang jom kita lihat gambar peralatan dan pakaian yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk memanjat bukit...

Ini antara peralatan asas yang perlu ada untuk memanjat bukit:

 Beg/Carrier


penggunaan kepada pemanjat bukit adalah untuk mengisi keperluan peribadi di samping itu juga dapat mengisi makanan ringan. Terdapat pelbagai jenama beg yang kebanyakkan digunakan oleh pemanjat bukit adalah seperti Ospray Kestrel, Quechua, Tera 50 dan Case Valker. Jenama beg yang disenaraikan itu adalah jenama yang terkenal oleh para hiking. Antara salah salah satu sebab beg itu menjadi popular dikalangan pemanjat bukit oleh kerana kualiti beg tersebut adalah terbaik.


Tongkat @ Walking Stick

Tongkat atau walking stick dapat membantu untuk memanjat dan menuruni curam. Ia dapat mengelakkan ketegangan pada otot dan lutut. Jika tidak mahu beli ia boleh juga menggunakan ranting kayu yang kukuh untuk dijadikan sebagai tongkat.

Seterusnya pakaian untuk memanjat bukit:



Baju juga mempunyai peranan penting oleh para hiking memilih yang sesuai dan bertepatan dengan ciri bagi memberi keselesaan. Ciri utama baju ini sesuai untuk di pakai ketika memanjat bukit kerana ia fabrik cepat kering dan tidak panas.




Antara ciri-ciri yang ada pada seluar ini untuk hiking secara asasnya adalah:

1.Mempunyai ketebalan yang sesuai untuk melakukan aktiviti lasak seperti memanjat bukit dan dapat mengelakkan daripada terkoyak.
2.Selain itu juga seluar ini juga mempunyai banyak poket dan membolehkan untuk menyimpan barang-barang kecil seperti pisau lipat, pemetik api dan sebagainya dengan mudah.



Kasut Outdoor


Kasut ni antara faktor penting yang perlu ambil berat jugak.Ia soal safety.Jika anda ambil benda2 macam ni,kelak ia akan banyak mengalami masalah remeh akan2 datang,sekaligus menyusahkan rakan2 hiking yang lain. Kasut ni antara faktor penting yang perlu anda ambil berat juga.Ia soal safety.Jika ia ambil remeh benda2 macam ni,kelak ia akan mengalami banyak masalah akan2 datang,sekaligus menyusahkan rakan2 hiking yang lain.

Antara ciri-ciri yang sesuai adalah:

1. Kasut mestilah jenis yang mempunyai ‘ankle support’/perlindungan pergelangan kaki menutupi       buku lali. Kasut jenis ini membantu mengurangkan risiko terseliuh pergelangan kaki.
2. Pastikan ianya mempunyai tapak yang tebal dan mempunyai kedalam tapak antara 1 – 2 cm

3. Tapak yang terbaik adalah dari design ‘ berlawanan arah’ ( Lihat contoh gambar ), ini kerana tapak jenis ini memudahkan proses pendakian dan penurunan, mempunyai cengkaman yang amat baik serta amat efektif ketika membrek apabila bergerak dengan laju.


Walau apa jua alasan untuk memanjat bukit, sama ada pertama kali, saja mengikut rakan, untuk melihat alam semulajadi atau apa sahaja eloklah anda menyediakan diri anda dengan kecergasan fizikal bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku.

Okay setakat inilah yang sama mampu kongsikan kepada anda tentang penyedian peralatan asas dan pemakaian yang sesuai untuk memanjat bukit atau gunung...

Bagi anda yang ingin memanjat bukit, selamat memanjat dengan selamat!!!  





Wednesday, July 10, 2019


Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera

Hai semuaa...hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya memanjat bukit yang baru-baru ini saya telah memberi lokasi untuk memanjat bukit yang dikenali sebagai Bukit Tok Dun di Perlis. Ini merupakan pertama kali saya memanjat bukit tersebut bersama rakan-rakan saya. Kami memilih bukit tersebut kerana ia sangat popular oleh para pemanjat di Perlis dan bukit tersebut juga sangat cantik pemandangan ketika di puncak bukit tersebut dan laluannya juga tidaklah terlalu sukar untuk sampai ke puncak bukit itu. Perjalanan kami dari rumah ke Bukit Tok Dun mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lokasi itu.Kami memulakan hiking pada pukul 6 pagi dan masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 45 minit...







Gambar ini adalah ketika kami berada di pertengahan bukit  dengan jarak ketinggian lebih kurang 125 meter untuk sampai ke puncak. Kami berhenti berehat dan mengambil gambar pemandangan sebelum sampai ke puncak....




alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak bukit ini walaupun ia agak memenatkan...maklumlah inikan merupakan pertama kali saya memanjat bukit ini walaupun jalannya tidaklah terlalu sukar tetapi perjalanannya agak panjang untuk sampai ke puncak bukit itu...





Gambar ini diambil ketika kami mula-mula sampai ke puncak bukit ini....pemandangan ketika di atas bukit sangat cantik dan dapat menghirup udara segar  serta suhu di puncak bukit ini juga agak sejuk...






Ini antara gambar yang sempat saya ambil ketika di atas puncak bukit ini dan pada masa ini matahari mula terbit....




Di samping itu juga terdapat kemudahan yang disediakan kepada para pemanjat untuk berehat di pondok itu serta tempat untuk membakar BBQ bagi para pemanjat yang bermalam di situ....





Ok guyss ini merupakan gambar terakhir saya bersama-sama rakan saya di puncak bukit Tok Dun Perlis...Setakat ini saja saya mampu kongsikan pengalaman saya memanjat bukit pada hujung minggu baru-baru ini bagi mengisi masa lapang saya serta dapat memberi manfaat kepada dari segi kesihatan..
























Saturday, July 6, 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya hendak kongsikan lokasi pertama saya memanjat bukit di Perlis iaitu bukit tok dun yang lebih popular di kalangan masyarakat yang gemar memanjat bukit. Saya ingin menceritakan sedikit tentang sejarah bukit tersebut.





Lokasi permulaan mendaki iaitu berhampiran Politeknik Syed Sirajudin Pauh Perlis, pendakian berjalan kaki ke Bukit Laka atau Bukit Botak. Lokasi bukit ini dikenali bukit tok dun yang terletak di sempadan Perlis dan Kedah. Ketinggian cuma 325 meter. Ramai yang mendaki waktu hari minggu atau hari cuti. Ada yang mula awal pagi untuk menikmati suasana indah panorama waktu matahari naik.





Sebenarnya bukit berkenaan bukannya baharu, tetapi ia seperti dijelmakan semula selepas pemilik tanah Felda Global Venture (FGV) melakukan pembersihan kawasan bagi tujuan pertanian.

Selepas ditarah dan ditanam semula oleh pihak FGV, bukit berkenaan menjadi tarikan anak muda bagi tujuan pendakian riadah, malahan turut menjadi aktiviti keluarga terutamanya pada hujung minggu.