Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera
Hai semuaa...hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya memanjat bukit yang baru-baru ini saya telah memberi lokasi untuk memanjat bukit yang dikenali sebagai Bukit Tok Dun di Perlis. Ini merupakan pertama kali saya memanjat bukit tersebut bersama rakan-rakan saya. Kami memilih bukit tersebut kerana ia sangat popular oleh para pemanjat di Perlis dan bukit tersebut juga sangat cantik pemandangan ketika di puncak bukit tersebut dan laluannya juga tidaklah terlalu sukar untuk sampai ke puncak bukit itu. Perjalanan kami dari rumah ke Bukit Tok Dun mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lokasi itu.Kami memulakan hiking pada pukul 6 pagi dan masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 45 minit...
Gambar ini adalah ketika kami berada di pertengahan bukit dengan jarak ketinggian lebih kurang 125 meter untuk sampai ke puncak. Kami berhenti berehat dan mengambil gambar pemandangan sebelum sampai ke puncak....
alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak bukit ini walaupun ia agak memenatkan...maklumlah inikan merupakan pertama kali saya memanjat bukit ini walaupun jalannya tidaklah terlalu sukar tetapi perjalanannya agak panjang untuk sampai ke puncak bukit itu...
Gambar ini diambil ketika kami mula-mula sampai ke puncak bukit ini....pemandangan ketika di atas bukit sangat cantik dan dapat menghirup udara segar serta suhu di puncak bukit ini juga agak sejuk...
Ini antara gambar yang sempat saya ambil ketika di atas puncak bukit ini dan pada masa ini matahari mula terbit....
Di samping itu juga terdapat kemudahan yang disediakan kepada para pemanjat untuk berehat di pondok itu serta tempat untuk membakar BBQ bagi para pemanjat yang bermalam di situ....
Ok guyss ini merupakan gambar terakhir saya bersama-sama rakan saya di puncak bukit Tok Dun Perlis...Setakat ini saja saya mampu kongsikan pengalaman saya memanjat bukit pada hujung minggu baru-baru ini bagi mengisi masa lapang saya serta dapat memberi manfaat kepada dari segi kesihatan..
No comments:
Post a Comment