Ini merupakan tempat yang selalu pengunjung datang ke Perlis akan pergi ke Gua Kelam..Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke sungai Perlis
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan Kementerian Pelancongan merancang untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama. Projek "Secret Garden of Perlis" ini akan melantik perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua dari Perancis dan seorang dari London.
Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.
Gua kelam sangat sesuai untuk dijadikan salah satu destinasi untuk dikunjungi bagi melakukan aktiviti riadah. berhampiran gua ini terdapat tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti seperti memancing. terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di dalam tasik ini seperti ikan haruan, puyu dan sebagainya. oleh itu, bagi keluarga yang suka memancing bolehlah merancang untuk pergi ke Gua Kelam.
Batu-batuan yang terdapat di gua ini sangat unik.
SEBAGAI TEMPAT BERIDAH
Gua kelam sangat sesuai untuk dijadikan salah satu destinasi untuk dikunjungi bagi melakukan aktiviti riadah. berhampiran gua ini terdapat tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti seperti memancing. terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di dalam tasik ini seperti ikan haruan, puyu dan sebagainya. oleh itu, bagi keluarga yang suka memancing bolehlah merancang untuk pergi ke Gua Kelam.
Di samping itu, kawasan ini juga sesuai untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama melakukan aktiviti mandi manda. Pada musim panas, kawasan ini sangat menjadi tumpuan orang ramai kerana airnya yang sejuk. Air ini merupakan air dari puncak bukit yang sangat sejuk.
TEMPAT MELAKUKAN AKTIVITI LASAK
Permukaan gunung yang cerun dan mencabar sangat menarik minat individu yang aktif dalam aktiviti rock climbing. Gua Kelam merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktivti ini.
KERETA API
Pengunjung yang datang pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki kereta api yang akan menyusuri gua tersebut. Namun begitu, baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini dan aktiviti kereta api ini terpaksa dihentikan.
AKTIVITI JALAN KAKI/HIKING
Terdapat trek jalan kaki di Gua kelam ini yang agak mencabar. Di samping itu, mereka juga boleh melihat flora dan fauna serta tumbuhan-tumbuhan herba yang terdapat dalam hutan Gua Kelam ini.
AKTIVITI KONVOI
Aktiviti berkonvoi merupakan salah satu aktiviti remaja di waktu lapang. terdapat kawasan yang luas di hadapan pintu gerbang Gua kelam ini untuk anak-anak muda berkumpul dan bergambar bersama kawan-kawan mereka. jadi, tiada masalah walaupun bilangan kenderaan yang banyak.
GUA YANG UNIK
Batu-batuan yang terdapat di gua ini sangat unik.
LOKASI
Gua ini terletak di kawasan kaki Bukit dalam Daerah Kangar di Negeri Perlis.
No comments:
Post a Comment