Ini merupakan aktiviti kali kedua saya memanjat Bukit Cenderawasih atau lebih dikenali sebagai Gua Sami oleh masyarakat di Perlis. Sebelum saya ceritakan tentang memulakan memanjat bukit ini saya nak kongsikan sejarah dan lokasi bukit ini. Selain itu juga kawasan bukit ini juga merupakan tempat berehat dengan pelbagai kemudahan telah disediakan dan terdapat juga taman permainan kanak-kanak serta trek jogging. Alright sekarang mari kita ikuti Sedikit sejarah mengenai Gua Cenderawasih, asalnya dipanggil Gua Sami. Menurut orang lama-lama tempat ini ‘keras’? Mungkit sebab bukit batu kot? Haha! Bagaimanapun, memang tempat ini asalnya adalah sami temple, tetapi apabila MB Shahidan Kassim memerintah dan merasakan tempat ini berpotensi untuk dijadikan sebagai sebuah tempat riadah. He could make anything possible... haha
Lokasi bukit ini ia berhampiran dengan Jabatan Pertahanan Awam dan berdekatan juga dengan bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis..Jaraknya dari rumah saya lebih kurang 5 kilometer untuk sampai ke bukit ini.. Manakala ketinggian Bukit Cenderawasih ini adalah 315 meter dan laluan untuk sampai ke puncak bukit adalah sangat mencabar kerana ia merupakan laluan berbatu..Jadi untuk memanjat bukit ini kita perlulah memakai kasut yang sesuai supaya ia dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini...
Ini merupakan laluan untuk para pemanjat untuk sampai ke puncak bukit ini...laluan ini agak curam bagi yang jarang hiking walaupun ada tangga...Laluan tangga ini adalah buatan manusia dan di buat pada tahun 1998 kalau tak silap saya.
Jadi papan ini merupakan peringatan untuk pemanjat perlulah berhati-hati ketika menaiki puncak ini dan tidak perlu tergesa-gesa untuk sampai ke puncak dengan lebih pantas.
Ini gambar pemandangan ketika berada di atas puncak Gua Sami Perlis...Selain itu juga pemandangan pada waktu senja ketika matahari mula terbenam ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa...
Keindahan pemandangan pada waktu petang
dalam lorong tu ada gua ke?????
ReplyDelete