ASSALAMUALAIKUM...
Tujuan saya menulis blog ini adalah ingin berkongsi infoRmasi tentang negeri Perlis kepada semua orang. Mungkin maklumat yang anda dapat melalui blog ini tidak mencukupi. Tapi saya berharap sedikit sebanyak informasi berguna kepada sesiapa yang membaca blog ini. Saya akan cuba update dari semasa ke semasa segala infomasi dan akan cuba menghasilkan informasi-informasi yang terbaik. Kali ni saya nak cerita tentang satu tempat yang namanya Tasik Melati.. Bukan yang lagu Putih2 Melati tu tau.. huhu..
Tasik Melati terletak 8km ke utara Kangar dalam kawasan seluas 10 hektar. Tasik ni tasik buatan manusia tau.. Asalnya Tasik Melati adalah sebuah tasik atau paya terbiar yang dipenuhi tumbuhan liar.
Tasik Melati ini adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah dengan persekitaran alam sekitar. Tasik Melati ini juga menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga...
Dekat sini ada pelbagai kemudahan yang disediakan.. Ada wakaf rehat, taman permainan kanak2, trek jogging, tandas,surau dan landskap yang indah.. :))
Terdapat banyak pondok rehat di dalam tasik yang disediakan kepada pengunjung dan dapat mengambil gambar ketika berada di tengah tasik....Selain itu juga ia merupakan satu kawasan yang sering di buat pengambaran seperti mengambil gambar pengantin baru, membuat lakonan dan sebagainya...
Pemandangan waktu petang memang sangat mendamaikan.. kalau tidak beriadah pun, boleh datang sini untuk release tension setelah penat belajaq @ bekerja..
Ok..harap2 kita semua dpt jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment