Apa yang istimewanya
mendaki gunung?
Antara bukit-bukit yang popular menjadi tarikan orang ramai
ialah Bukit Laka, Bukit Cenderawasih dan sebagainya. Banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan mendaki gunung, antaranya :
JASMANI
1) Membentuk Tubuh Badan yang Menarik
Selain berlari, mendaki bukit juga dapat membakar kalori yang
banyak. Menaiki bukit dapat menguatkan otot-otot kaki dan otot gluteus anda. Ini dapat menganjalkan bahagian
pinggul, peha dan kaki anda. Mereka yang selalu memanjat bukit mempunyai kaki
yang kuat dan pinggul yang anjal.
2) Menguji Kekuatan Anda
Ya! Memang benar
memanjat bukit penuh dengan risiko bahaya seperti kekejangan, tergelincir dan sebagainya. Tetapi jika anda memanjat, Ia akan
menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Anda akan lebih kuat untuk menghadapi
segala cabaran di masa akan datang. Cabaran ketika mendaki bukit dapat menguji
cara pengendalian masalah anda.
3) Salah Satu Latihan CARDIO yang Terbaik
Menaiki bukit adalah salah satu daripada 5 latihan cardio yang terbaik. Apabila memanjat bukit,
jantung anda akan bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke badan
anda. Anda akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori.
Kalau selalu mendaki bukit, jantung anda
pasti akan sihat.
ROHANI
4) Terapi semasa Menikmati Alam Sekitar
Terasa susah hati?
Bosan? Terasa tertekan? Cuba mendaki bukit dan anda akan lebih menghargai diri
anda sendiri dan waktu yang anda ada sekarang. Apabila anda meluang masa
menerapikan diri dengan menikmati alam semulajadi. Anda akan berasa segar dan
bertenaga selepas meluangkan masa bersama alam semulajadi.
Apatah lagi apabila di
atas bukit, pusat graviti semakin jauh dan menjadikan suhu makin rendah dan
udaranya nyaman. Udara juga kurang pencemaran berbanding dengan atas jalan raya
biasa
5) Merasa Rendah Hati
Apabila anda sampai ke
puncak gunung, cuba toleh ke bawah. Kesemuanya kehidupan anda lihat seperti
semut yang hakikatnya kita memang tersangat kecil. Anda akan terasa lebih insaf
dan rendah diri walaupun anda kaya, berpendidikan tinggi, dan memiliki
segala-galanya.
6) Mengukuhkan Ikatan Persaudaraan
Mendaki gunung bukan aktiviti perseorangan kerana ianya banyak
risiko berbahaya. Oleh kerana anda memanjat secara beramai-ramai, anda lebih
yakin dan terasa lebih selamat kerana jika anda hadapi sebarang masalah,
rakan-rakan lain akan berikan bantuan. Selain itu juga, anda akan lebih bersaing dan berlumba-lumba untuk sampai ke puncak
dahulu. Anda juga dapat menyokong antara satu sama lain
untuk sampai ke puncak.
7) Menjadi kebanggaan untuk diri sendiri
Bukan mudah untuk sampai ke puncak bukit, bergantung juga
kepada ketinggian bukit yang dipanjat. Tetapi jika anda berjaya melakukannya,
anda seorang yang HEBAT!
8) Rasa ingin tahu yang tinggi
Kita sememangnya tidak
tahu apa yang ada di sepanjang jalan dan juga puncak bukit dan pastinya ingin
tahu! Dengar dari mulut orang lain belum tentu sama dengan apa yang kita akan
lihat sendiri. Maka teruskan usaha anda untuk sampai ke puncak dan terus menerokai
semangat ingin tahu anda. Banyak yang anda dapat pelajari semasa memanjat bukit.
No comments:
Post a Comment